BUTTERWORTH: Polis menahan 73 lelaki termasuk seorang warga asing dalam tiga pesta gay di sekitar sini semalam.
Ketika serbuan, mereka yang berumur antara 20 hingga 50 tahun dilaporkan sedang berpesta serta melakukan kegiatan tidak bermoral.
"Ada antara mereka hanya memakai tuala semasa diserbu. Polis turut menemui pelbagai jenis kondom yang telah dan belum digunakan," menurut sumber polis.
Serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat hiburan di Jalan Perai Jaya di mana polis menahan 39 pengunjung termasuk seorang warganegara asing.
Dalam serbuan seterusnya di dua buah pusat urut dan SPA di Pulau Tikus, polis menahan 34 pengunjung. BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment