KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata terpulang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap portal berita Internet Malaysiakini yang Ahad lalu memuatkan kononnya manifesto yang dikeluarkan "kumpulan penyokong" Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Umno.
"Ini adalah antara perkara yang saya rasakan berupa salah laku. Salah satu penyalahgunaan laman siber di mana orang melakukan perkara tanpa usul periksa dan pengesahan, tetapi keburukan yang diberikan amatlah terang," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas perkara tersebut, pada majlis makan malam kementeriannya di Angkasapuri semalam.
Berita Terkini Di Sini
Latest News Here
Pejabat Timbalan Perdana Menteri kelmarin telah mengeluarkan penjelasan bahawa artikel tersebut adalah palsu dan mengelirukan dan merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej beliau.
"Perkara ini dibuat jelas untuk merosakkan imej seorang pemimpin negara. Perkara ini amat dikesali," kata Ahmad Shabery.
Beliau berkata imej portal berita itu sendiri akan tercemar sekiranya memuatkan artikel tanpa mengesahkan faktanya terlebih dahulu.
BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment