TASEK GELUGUR, 18 Sept-- Malaysia mahu satu sistem infrastuktur kewangan global diperkenalkan bagi melindungi negara-negara maju dan sedang membangun dari ancaman krisis ekonomi dunia.
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata sistem itu perlu lebih adil dan saksama yang mana negara-negara terbabit tidak terjejas dengan faktor luar seperti situasi kini.
"Sepuluh tahun lepas, semasa dunia mengalami krisis ekonomi yang teruk sehingga menjejaskan pasaran saham, kita guna sistem yang sama dan ia berjaya.
"Bagaimana pun, dunia mengutuk kita tapi hari ini mereka mula sedar dan insaf. Mereka kini mahu sistem itu diperkenalkan semula bagi mengatasi krisis ekonomi," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Tasek Gelugor di sini, Sabtu.
Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan beberapa pemimpin parti komponen Barisana Nasional (BN) termasuk parti pembangkang.
Kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir pada majlis itu dijamu dengan pelbagai juadah istimewa antaranya ketupat, lemang, rendang dan sate.
Sehubungan itu, Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen kawasan itu berkata kerajaan akan mengemukakan usul mengenai pelaksanaan sistem infrastuktur kewangan global pada setiap persidangan atau forum antarabangsa agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.
"Ia satu sistem yang tidak ada hipokrasi dan kita harap sistem yang baru ini tidak ada ciri-ciri berat sebelah. Semua perkara mesti telus," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment