PUTRAJAYA 16 Okt. - Memorandum Rang Undang-Undang berkaitan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, selepas diluluskan Kabinet, rang undang-undang tersebut akan dibawa untuk bacaan pertama pada persidangan Dewan Rakyat ini dan bacaan kedua dijangka akan diadakan sebaik habis perbahasan belanjawan pada 11 Disember ini.
``Saya telah berunding dengan pihak Parlimen untuk memberi keutamaan kepada rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan saya harap kita dapat bentang, bahas dan diluluskan dalam sesi ini juga,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Gerak Mesra Aidilfitri Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment