PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Tahunan Umno yang sepatutnya diadkaan Disember ini ditangguhkan sehingga Mac depan.
Bagaimanapun persidangan perwakilan bahagian akan berlangsung sebagaimana telah dijadualkan - mulai 9 Oktober ini.
Ia diputuskan pada mesyuarat khas Majlis Tertinngi (MT) Umno yang baru selesai diadakan. Mesyuarat kurang dua jam itu bermula pukul 10.30 pagi tadi.
Perhimpunan Agung Tahunan kali ini menyaksikan pemilihan bagi jawatan-jawatan tertinggi parti - Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta kerusi Majlis Tertinggi.
Keputusan mesyuarat diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah juga berkata, beliau akan mengumumkan sama ada mempertahankan jawatannya ataupun tidak sebelum 9 Oktober ini.
"Bertanding atau tidak, keputusan di tangan saya," katanya lagi.
Kata beliau, keputusan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.
Pelan peralihan kuasa sepatutnya berkuat kuasa Jun 2010.
Ditanya lanjut mengenai pelan peralihan kuasa 2010, Abdullah berkata: "Kalau sudah diawalkan tidak timbullah (pelan) 2010 itu." (mSTAR)
Friday, September 26, 2008
Perhimpunan Agung Umno ditangguh Mac 2009, peralihan kuasa diawalkan
Labels:
Malaysian Politik,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment