Pages

Sunday, September 28, 2008

Mudah cetak | E-mel ANJING ORANG BUTA DIIZIN MASUK MASJID

LONDON: Majlis perundangan Islam Britain kelmarin mengeluarkan fatwa membenarkan seorang pelajar buta yang menggunakan anjing sebagai pemandu arah memasuki masjid berdekatan tempat tinggalnya.

Keputusan itu dianggap sebagai satu kemajuan oleh persatuan bantuan orang buta.

Ia bertujuan memudahkan Mahomed-Abraar Khatri, 18 tahun, yang tinggal di bandar Leicester, untuk bergerak dari rumahnya ke Masjid Bilal Jamia yang berdekatan.

'Saya harap ia akan membuka peluang kepada orang lain untuk membela anjing tanpa perlu berasa khuatir tentang aspek agama,' kata Mahomed-Abraar kepada agensi berita BBC dalam satu temu ramah, kelmarin.

Jurucakap Majlis Perhubungan Islam Amerika Syarikat, Encik Ahmed Rehab, berkata beliau tidak pernah mendengar berita anjing pemandu dibenarkan masuk atau dihalau keluar dari masjid di Amerika.

'Saya rasa kebanyakan orang yang membela anjing adalah untuk menjaga keselamatan diri dan tidak akan ke masjid dengan tuannya,' tambahnya.

Fatwa itu bagaimanapun tidak membenarkan anjing milik Encik Mahomed-Abraar memasuki dewan solat dan dia terpaksa meninggalkan anjingnya itu dalam kawasan berpagar berhampiran tempat letak kasut. -- AP.

No comments:

Posting Terkini