Polis jamin percepat siasat
KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan akan mempercepat siasatan ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, berhubung kes beberapa artikel dan komentar pembaca dalam laman itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad saw.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pada masa sama polis memerlukan masa bagi menyiasat kes-kes melibatkan Raja Petra. -- Mingguan Malaysia.
Ragui adakah Anwar ikhlas
KOTA KINABALU: Umno Sabah mempertikai keikhlasan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang begitu bersungguh-sungguh menarik sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini bagi membentuk kerajaan baru.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Sapawi Ahmad, berkata tindak-tanduk Datuk Seri Anwar amat meragukan kerana semasa menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan beliau tidak mengambil berat tentang Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Anwar kini seolah-olah telah berubah apabila begitu prihatin terhadap pelbagai isu rakyat di Sabah, katanya. -- Mingguan Malaysia.
Mahu wajibkan ikan air tawar
JELI (Kelantan): Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang untuk mewajibkan penggunaan ikan air tawar sebagai sajian makanan di setiap asrama sekolah tidak lama lagi.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata perkara itu akan dikemuka ke kiabinet bagi membolehkan kerajaan membuat penilaian.
Menurutnya, langkah itu berupaya meningkatkan permintaan bagi ikan air tawar di pasaran tempatan. -- BMM.
Kaum India tidak diabai
IPOH: Kerajaan Malaysia tidak pernah mengabai program pembangunan bagi masyarakat India, termasuk dalam bidang pendidikan kerana tidak mahu mereka terpinggir daripada arus pembangunan negara.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, berkata peruntukan bagi program itu akan disampaikan menerusi pelbagai pihak, termasuk ahli parlimen di kawasan masing-masing. -- Mingguan Malaysia.
Lemah Sains dan Matematik
TANJUNG MALIM: Kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris ke atas lebih 5,000 pelajar dari darjah lima dan menengah dua menunjukkan sebahagian besar mereka lemah dalam Matematik dan Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris.
Ketua kajian itu, Datuk Ishak Haron, berkata dasar menggunakan bahasa Inggeris dalam mengajar dua mata pelajaran itu jelas gagal mencapai matlamatnya selang lima tahun ia diperkenal. -- NST.
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment