Pages

Saturday, February 1, 2014

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Isnin Depan


Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Isnin Depan

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, dijangka berterusan hingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, keadaan samaturut melanda Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Keadaan itu membawa angin kencang berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometersejam dan ombak dengan ketinggian melebihi 3.5 meter, yang berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi di laut serta sukan laut. - BERNAMA

No comments:

Posting Terkini