Pages

Friday, February 8, 2013

Ambil serius amaran Anwar, kata Dr Mahathir

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir
Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.
    
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi menteri pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila ketua umum PKR itu menyertai kerajaan.


"Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan.
    
"Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc semalam.
    
Entri terbaru itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur "Arab Spring" di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.
    
Dr Mahathir berkata Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang - sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'BERSIH' - bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
    
Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.
    
"Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.
    
"Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya.

- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

lg byk hang cakap madey..lg byk pekung hang akan terburai...baik lu duduk diam2...tobat nasuha dan bykkan amal ibadah..hang xkn nk tongkat dunia..umur pun bukan muda lg..bila2 masa saja Allah SWT boleh cabut nyawa tu termsk juga dgn aku dan yg lain2 lg...merapu x hbs2..

Anonymous said...

Mahadeath.....lu elok pegi main jauh2.

Posting Terkini