SAN FRANCISCO: Laman media sosial, Facebook, semalam menyatakan ia sedang menguji khidmat yang akan mengenakan bayaran AS$1.00.
Ini bagi menjamin setiap pesanan yang dikirimkan kepada penggunanya masuk ke peti surat peribadi pengguna, bukan peti surat yang dipanggil 'Other', yang sering tidak diendahkan pengguna rangkaian media sosial itu.
Facebook mengirimkan pesanan yang mereka anggap kurang penting, berdasarkan pemantauan rangkaian itu terhadap jaringan kenalan penggunanya ke peti surat yang dipanggil 'Other', yang dilancarkan pada 2011.
Menurut Facebook, ia sedang menguji khidmat itu dengan peratusan kecil individu di Amerika Syarikat dan khidmat itu akan membantu tidak menggalakkan pengirim e-mel sampah atau spammer. - AP.
No comments:
Post a Comment