Pages

Friday, June 29, 2012

Janda menyamar sebagai pegawai polis diberkas

JAKARTA: Polis berkata mereka menahan seorang janda berusia 55 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta kelmarin kerana menyamar sebagai anggota polis.
Ketua Polis Lapangan Terbang, Pesuruhjaya Reynhard Silitonga, berkata wanita itu dikenali sebagai Sandra Susan, ditahan di terminal antarabangsa lapangan terbang itu.
"Perbuatannya tidak seperti pegawai polis wanita. Selepas disoal siasat oleh pegawai yang mengesyaki tingkah lakunya, dia akhirnya mengaku dia bukan anggota polis," katanya.
Penahanan Sandra dibuat tujuh hari selepas polis menahan seorang eksekutif pembersihan Yudha Tandijaya, 38 tahun, kerana dikatakan mengenakan pakaian seragam juruterbang syarikat penerbangan Singapura untuk menipu penjual telefon bimbit.

Susan, ibu empat orang anak dari Bandung memberitahu pegawai polis bahawa dia lulusan Akademi Polis Nasional di Semarang, Jawa Tengah pada 1983.
Jurucakap Polis Jakarta, Pesuruhjaya Kanan, Encik Rikwanto, berkata, Susan pada awalnya memberitahu dia berpangkat Pesuruhjaya.
"Pegawai polis semakin curiga kerana dia mengenakan tampalan bergaris merah di kolar, yang menunjukkan dia adalah pegawai tinggi, sekurang-kurangnya berpangkat Brigedier-Jeneral.
"Polis Komisioner mengenakan tampalan bergaris perang," katanya yang ditukil Jakarta Post.
Polis berkata, Susan membeli pakaian seragam itu di sebuah kedai menjual pakaian seragam polis dekat pasar tradisi Senen minggu lalu dan mengenakannya untuk menjemput seorang rakan. - Agensi.

No comments:

Posting Terkini