Pages

Monday, June 25, 2012

Bumbung pusat beli-belah runtuh

BERLUBANG: Beginilah keadaan pusat beli-belah Algo Centre apabila sebahagian bumbungnya di kawasan letak kereta runtuh kelmarin.
- Foto AP

ELLIOT LAKE (Canada): Sebahagian bumbung sebuah pusat beli-belah yang sibuk di Canada runtuh kelmarin.
Bagaimanapun, jurucakap polis, Cik Christine Ouimet, berkata pihaknya tidak dapat memastikan apakah ada sesiapa cedera atau terperangkap dalam kejadian itu.

Usaha mencari mangsa di bawah puing masih diteruskan.
Sebahagian bumbung itu dilaporkan runtuh di kawasan letak kereta di pusat beli-belah Algo Centre itu.
Runtuhan itu turut menyebabkan kebocoran gas di bangunan tersebut.
Ini menyebabkan pegawai keselamatan mengosongkan bangunan berkenaan.
Datuk Bandar kawasan itu, Encik Rick Hamilton, telah mengisytiharkan keadaan darurat sejurus selepas runtuhan itu.
Seorang pekerja di bangunan itu, Encik Joe Drazil, berkata beberapa kereta jatuh ke tingkat bawah selepas runtuhan itu menyebabkan lubang besar di kawasan letak kereta.
"Anda boleh nampak bumbung berlubang dan beberapa kereta tergantung. Semua orang diarahkan keluar selepas itu.
"Saya kemudian nampak banyak kereta polis dan kenderaan kecemasan berkejar ke tempat ke sini," kata Encik Drazil.
Pusat beli-belah setinggi dua tingkat di daerah utara Ontario itu dianggarkan seluas 200,000 meter persegi. - AP.
Kerana kau isteriku 

No comments:

Posting Terkini