Pages

Monday, November 7, 2011

Rakyat Malaysia boleh ke timur laut Jepun semula


Warta Kerajaan Rakyat l Kementerian Luar telah menarik balik nasihat perjalanan yang tidak menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan timur laut Jepun, memandangkan situasi yang semakin pulih di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra bagaimanapun tetap menasihati rakyat Malaysia agar mengelakkan perjalanan ke kawasan lingkungan 30 kilometer  dari Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan sentiasa mematuhi zon larangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Jepun.

NONERakyat Malaysia turut dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun yang berkaitan.

Mereka diminta mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang boleh dihubungi melalui talian 81-3-34763840 dan e-mel di maltokyo@kln.gov.my.

Pada 25 Mei lalu, Wisma Putra menasihati agar perjalanan ke timur laut Jepun ditangguhkan kerana kawasan itu masih mengalami kesan buruk berikutan gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac.

- Bernama

No comments:

Posting Terkini