Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor.
Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.
Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.

Adalah difahamkan bahawa buat masa ini belum ada pertemuan di antara PRM dan PKR bagi membincangkan perkara itu tetapi PKR dijangka mengeluarkan satu kenyataan apabila biro politiknya bermesyuarat pada Rabu ini.
PRM dikatakan telah bergabung dengan dengan ahli serpihan PKR, iaitu Parti Keadilan Nasional pada tahun 2003 selepas perbincangan yang berlarutan antara kedua-dua pihak.
Beberapa pihak dalam PRM mendakwa sebilangan besar ahli-ahlinya menentang penggabungan itu dan ia masih berfungsi sebagai sebuah parti politik,dan terus diiktiraf sebagai sebuah entiti yang berasingan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Walau bagaimanapun, pemimpin PKR, termasuk mereka yang pernah menganggotai parti berhaluan kiri yang ditubuhkan oleh oleh pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam pada tahun 1955 itu, menegaskan bahawa PRM tidak lagi wujud.
Dakwa mereka sesetengah pemimpin, seperti bekas presiden, (kanan) dan setiausaha agung SK Song - yang merupakan antara mereka yang berkeras mempertahankan kewujudan PRM - juga telah bertanding pada pilihan raya umum 2004 di bawah tiket PKR.

1 comment:
Ah Wah Selayang (017-2218183) said...”mca gombak”Yip Kum Fook and his groups (Two police, Yap Kok Hwee, Low Kok Meng and the others) came and rejected all the Buddhist monks at Buddhist Temple(Samnak Sambodhi), 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong...all monks must leave from Temple because Yip Kum Fook used police and Gangster to disturbed all the monks...Many people get angry with YIP KUM FOOK
Now many Buddhist people don’t like MCA because of Yip Kum Fook created dirty for Buddhist and MCA. Hope MCA members and Buddhist people to careful of human like Yip Kum Fook, if you would like to know more information, please contact Ah Wah(Selayang)
Post a Comment