Pages

Tuesday, November 8, 2011

Manusia terawal tersebar melalui Arab, bukan Mesir


LONDON: Satu kajian menunjukkan kelompok manusia terawal yang berasal dari Afrika tersebar ke seluruh dunia melalui Arab, dan bukan Mesir.

Pengarah Projek Genografik, Dr Spencer Wells, berkata kajian selama enam tahun melibatkan proses corak pemetaan itu mendapati manusia tiba di Eropah, Asia dan Ocenia dengan menyeberang laut ke rantau Arab kira-kira 7,000 tahun dahulu.

Menurut beliau, saintis sebelum ini berpendapat manusia berhijrah ke benua lain menggunakan laluan di wilayah Sinai, Mesir.Namun, kajian terbaru menunjukkan kumpulan tersebut mengembara jauh ke selatan, mungkin melalui Yaman.

'Bukti terbaru itu menunjukkan bahawa paras air laut mungkin rendah semasa kelompok pertama manusia dari Tanduk Afrika menyeberang ke rantau Arab melalui semenanjung Bab-el-Mandeb di Laut Merah.



'Kemudian, negara-negara di selatan Asia, seperti India, mungkin menjadi perhentian utama sebelum manusia tersebar ke seluruh dunia,' kata Dr Wells.

Beliau menjelaskan bahawa mereka kemudian mengikut laluan pantai untuk turun ke timur Asia dan Oceania, manakala yang lain berpecah menuju utara ke Iran, Russia, Eropah dan China.

Penyelidik mendapati juga bahawa penduduk India mempunyai kepelbagaian genetik, sekali gus menunjukkan mereka mempunyai umur lebih lama berbanding manusia di Eropah atau timur Asia timur.

Saintis juga menggunakan kaedah penyelidikan baru yang rumit untuk menyelidik laluan manusia terdahulu.

Teknik tersebut dikenali sebagai penggabungan semula (recombination), iaitu saintis memecahkan molekul asid deoksiribonukleik (DNA) dan menggabungkannya semula bagi membentuk sel baru.

Melalui kaedah itu, saintis dapat mengetahui kaitan antara manusia hari ini dan 7,000 tahun dulu. -- Agensi.


Salam sejahtera,

Setiap orang bernasib baik dilahirkan dengan tubuh badan yang sihat. Namun, apabila menjalani kehidupan seharian kita terdedah dengan pelbagai pencemaran. 

Apabila usia meningkat, melebihi 30 tahun, keupayaan tubuh badan kita menurun. Pelbagai penyakit mudah menghidapi kita seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung dan kanser (payudara, prostat, rahim, etc). Kalau tidak check dengan doktor memang kita tidak tahu. Paling menakutkan apabila kita baru mengetahui tentang penyakit kita apabila masa sudah terlewat. 

Jangan tunggu sudah terlewat baru nak mencegah


.............

No comments:

Posting Terkini