Pages

Friday, November 11, 2011

F1: Schumacher nafi sambung kontrak bersama Mercedes

ABU DHABI 11 Nov. – Michael Schumacher semalam menafikan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan Mercedes bagi melanjutkan kontraknya sehingga musim depan.

“Menurut sesetengah wartawan, ya” kata juara Formula Satu tujuh kali, yang membuat penampilan semula musim lepas pada usia 41 tahun dan selepas berehat selama tiga tahun, memberitahu wartawan pada Grand Prix Abu Dhabi.

“Kenyataannya, tidak.

“Saya memerlukan sedikit masa lagi untuk memikirkan tentang diri saya dan apa yang ada di hadapan kita serta sedikit input untuk melihat sama ada itu yang saya inginkan atau bukan.”

Mercedes sebelum ini telah mengumumkan rakan sepasukan Schumacher, Nico Rosberg telah bersetuju untuk terus bersama pasukan itu sehingga 2013. - Reuters

No comments:

Posting Terkini