PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS menggesa penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka segera menghentikan kempen menuntut kebebasan gaya hidup songsang yang bertentangan dengan norma, tatasusila, budaya, dan agama di negara ini.
Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan berkata sungguh pun program itu memperjuangkan ‘hak asasi manusia’, ia lebih cenderung kepada risiko mendedahkan masyarakat kepada gejala sosial.
Malah katanya program itu juga berbentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti umat manusia yang menjalani kehidupan normal.
Kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama.
Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, akal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas tiket kebebasan, sebaliknya mesti hidup berasaskan peraturan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nasrudin ini rasional dengan bantahan sama yang dibuat Pemuda PAS terhadap gesaan supaya tidak meluluskan konsert penyanyi ikon gay British Elton John yang dijadual membuat persembahan di Tanah Tinggi Genting pada 22 November depan.
Katanya ini sebagai langkah menutup pintu kemungkaran berikutan penularan budaya gay di Malaysia walaupun Elton John secara tidak langsung menyeru masyarakat meniru gaya hidupnya.
Sehubungan itu beliau menyatakan kesediaan Pemuda mengadakan sesi dialog bagi menangani perkara ini.
“Kami yakin jika mereka mendapat sokongan dan bimbingan wajar dari pihak berkuasa agama dan lainnya yang berkaitan, perkara ini dapat dibendung dengan baik daripada terus menular lalu membentuk satu budaya,” katanya.
Seksualiti Merdeka merupakan program tahunan menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Bertemakan “Queer Without Fear”, program ini akan diadakan di The Annexe Gallery Pasar Seni di sini bermula hari ini sehingga 13 November depan, manakala Penganjur Bersih 2.0 yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S Ambiga dijadual akan merasmikan program ini pada 9 November depan.
No comments:
Post a Comment