Pages

Friday, October 14, 2011

Tiada aduan Liong Sik menipu berhubung projek PKFZ



KUALA LUMPUR 14 Okt. – Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang aduan menyatakan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik menipu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Mohd Effendi, yang pernah menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri berhubung projek itu, turut memberitahu beliau juga tidak pernah membuat aduan polis berkenaan dakwaan Dr Liong Sik menipu.

Beliau juga tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa Dr Liong Sik menipu ketika disoal siasat pihak polis bulan lepas.

Mohd Effendi berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Liong Sik.


Selain itu, beliau berkata, menerusi dua ringkasan nota yang dihantar Kementerian Pengangkutan kepada Jemaah Menteri, jelas dinyatakan bahawa kadar faedah diletakkan di dalam terma berasingan daripada harga asal.

Mohd Effendi. yang merupakan saksi ke-16 pendakwaan bagi kes Dr Liong Sik, turut memberitahu beliau tidak pernah melihat atau ditunjukkan surat penilaian pembelian tanah daripada Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) yang disediakan Ketua Pengarahnya ketika itu, Datuk Sahari Mahadi. – Bernama
Vitamin B17: Mencegah dan Merawat Kanser Payudara 




No comments:

Posting Terkini