Pages

Tuesday, October 18, 2011

Hutang Malaysia boleh cecah RM 1 trilion


Warta Kerajaan Rakyat l KUALA LUMPUR 18 OKT: Sekiranya hutang kerajaan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).
Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh “berkecai” melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.
Malaysiakini memetik laporan REFSA bahawa defisit negara sebanyak RM437 bilion adalah dua kali ganda belanjawan defisit RM217 bilion pada 2004.

“Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka,” petik laporannya itu.
Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.
Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.
“Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang – RM1, 000000000000,” petik laporan itu.
Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.
“Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi,“kata laporan itu lagi.
Vitamin B17: Mencegah dan Merawat Kanser Payudara   

No comments:

Posting Terkini