Pages

Tuesday, October 18, 2011

Belanjawan BN tidak bela rakyat


KUALA LUMPUR 17 Okt: Berbanding Pakatan Rakyat, kerajaan tidak serius membela nasib rakyat  dengan pembentangan Belanjawan 2012,  kata Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim.
Katanya, majoriti rakyat terutama penduduk luar bandar dan golongan miskin masih menghadapi kesukaran akibat kenaikan harga barang yang semakin melonjak naik.
Beliau membawa contoh penduduk di kawasannya di Kuala Kedah yang baru-baru ini membuat demonstrasi membantah kenaikan barangan keperluan dengan menggelarkan diri mereka sebagai POKAI (Persatuan Orang Kedah Anti Inflasi).
Justeru, katanya, kerajaan tidak memberikan perhatian khusus untuk menjaga kepentingan rakyat yang semakin terdesak dengan beban dan kos sara hidup.

“Tidak ada pengumuman yang mesra dalam menurunkan harga barangan khususnya barangan asas.
“Kerana mereka adalah golongan petani, nelayan yang miskin dan amat terasa dengan kenaikan harga barangan keperluan ini. Rasional kerajaan memberikan kenaikan gaji dan sumbangan ‘one-off’ tidak menyelesaikan masalah majoriti rakyat Malaysia.
“Lebih membimbangkan, kenyataan Perdana Menteri bahawa RUU Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) akan diteruskan untuk dilaksanakan sekiranya BN memenangi PRU ke 13 nanti,” kata Ahmad yang turut menyentuh mengenai keputusan kerajaan mengurangkan subsidi  ketika membahaskan RUU Perbekalan Belanjawan 2011, hari ini.
Sebaliknya, kata Ahmad, kerajaan lebih mengutamakan projek mega berbanding belanjawan berhemah dan mengutamakan projek berdaya maju serta memberi manfaat kepada rakyat.
Katanya, kerajaan juga tidak melaksanakan reformasi politik apabila pengisytiharan pemansuhan beberapa akta seperti Rang Undang-undang Kediaman Terhad, Buang Daerah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya berlaku selepas desakan Pakatan Rakyat.
“Sedangkan ini merupakan aspirasi utama Buku Jingga yang menjamin amalan demokrasi yang lebih luhur dan terbuka.
“Kemudian barulah pihak kerajaan mengambil pendekatan populis (merakyat) menghapuskan RUU yang sudah lapuk ini,” kata Ahmad.
Vitamin B17: Mencegah dan Merawat Kanser Payudara 



No comments:

Posting Terkini