Pages

Saturday, September 3, 2011

Sekilas Berita Dunia


Penumpang pesawat terselamat


SYDNEY: Seorang penumpang bernasib baik kerana terselamat menyusuli satu nahas udara membabitkan sebuah pesawat kecil di kawasan perairan dekat Sydney semalam, selepas seorang saksi terjun ke laut menyelamatkannya, menurut laporan-laporan akhbar.

Namun, juruterbang pesawat tersebut dipercayai maut selepas saksi-saksi gagal menariknya keluar daripada pesawat yang terhempas di kawasan pantai utara Sydney itu.

Pesawat tersebut telah menghantar isyarat kecemasan sebelum terhempas kira-kira 50 meter dari pantai Curl Curl. -- AFP.

Lawatan menlu Thai ke luar negara
BANGKOK: Menteri Luar Thailand yang baru semalam mendedahkan rancangan lawatan luar negaranya yang pertama dengan berkata bahawa beliau telah memutuskan mengatur jadual lawatan rasminya itu berdasarkan aturan abjad.

Encik Surapong Tovichakchaikul, yang pelantikannya mengundang kritikan di Thailand kerana beliau kekurangan pengalaman peringkat tinggi, berkata beliau akan terlebih dahulu melawat Brunei pada 11 September ini, sebelum melawat ke sembilan negara anggota Asean yang lain. -- AFP.

Rundingan damai masih diterusMANILA: Pihak pemerintah dan kumpulan pemisah Islam Filipina semalam berkata rundingan damai antara mereka masih diteruskan walaupun ada sesetengah perunding pihak pemisah yang mengusulkan agar ditolak rancangan autonomi yang disarankan pihak pemerintah negara itu untuk wilayah selatan negara tersebut.

Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Encik Murad Ebrahim, berkata 'rundingan itu masih berjalan' dan jawatankuasa pusat kumpulan tersebut belum memutuskan usul para perundingnya yang mahu agar saranan autonomi pemerintah itu ditolak. -- AP.

No comments:

Posting Terkini