Pages

Monday, September 5, 2011

MP pertikai perbelanjaan RM776 juta Sime Darby


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mempertikaikan perbelanjaan sebanyak RM776 juta oleh Sime Darby Berhad untuk memiliki 30 peratus saham Eastern & Oriental, sedangkan pengurusan syarikat pembangunan hartanah itu kekal di tangan warga asing.
Zahrain menyifatkan tindakan itu agak tergesa-gesa dan membimbangkan pelbagai pihak.
Ini termasuklah pendapat penganalisis ekonomi yang mendakwa wujudnya ‘sesuatu yang tidak kena’ dengan urusniaga membabitkan dana pemegang saham berjumlah RM776 juta tersebut.

“Kita maklum sebahagian besar saham E&0, selain daripada 30 peratus yang diperolehi Sime Darby,masih kekal ditangan warga asing termasuk seorang individu yang juga merupakan Pengarah di badan pelaburan kerajaan Singapura-Temasik Holdings.
“Apakah kepentingan strategik kita dalam E&0 dalam situasi pemilikan sedemikian? Ada pihak yang mempersoalkan jika tindakan Sime Darby adalah satu langkah ‘bail-out’ atau langkah menyelamatkan E&0 ketika keadaan ekonomi global semakin merudum,apakah persoalan asasnya.
Minta penjelasan
“Di mana rasionalnya apabila syarikat gergasi seperti Sime Darby membelanjakan RM776 juta tunai kononnya untuk memperoleh kemahiran daripada syarikat E&0?” soalnya ketika dalam sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut.
Maka beliau mendesak penjelasan pihak Lembaga Pengarah Sime Darby, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti menjelaskan isu berkenaan.
Katanya impak kerugian besar Sime Darby sehingga RM1.2 bilion membabitkan pelaburan sektor petroleum sebelum ini masih belum reda.
Malah beliau turut mempersoalkan cara syarikat GLC menzahirkan pelan transformasi kerajaan (GTP) yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Perdana Menteri sedar wujudnya kelemahan maka beliau membuat transformasi. Namun apakah ini caranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menzahirkan pelan transformasi kerajaan yang dipelopori beliau?”  soalnya lagi.



No comments:

Posting Terkini