Pages

Friday, August 12, 2011

NGO pantau sendiri gereja di Selangor


SHAH ALAM: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baru, Gerakan Cegah Murtad (GCM), mengambil inisiatif akan melakukan pemantauan secara persendirian terhadap gereja-gereja di seluruh Selangor tanpa menunggu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Langkah ini bagi membendung gejala murtad berikutan tercetusnya kontroversi serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu oleh Jais dengan menahan 12 individu Muslim.

Pengerusi Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama) iaitu salah sebuah NGO di bawah GCM, Zainuddin Mohamad berkata, pemantauan berkenaan akan dilakukan secara ‘senyap’ tanpa membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak berkuasa seperti polis.
“Kita akan buat sendiri pemantauan ke setiap gereja tanpa membabitkan Jais. Kami hanya mahu membantu Jais dalam menangani isu murtad di Selangor.
“Kami serius bagi memastikan kesucian agama Islam sentiasa terpelihara,” katanya kepada FMT.
Jais yang melakukan pemeriksaan terhadap gereja tersebut pada 3 Ogos lalu menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak.
Berikutan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jais menyediakan laporan lengkap berhubung kontroversi itu.
Dalam pada itu, Zainuddin berpendapat usaha membendung gejala murtad tidak seharusnya diserahkan kepada Jais semata-mata, sebaliknya perlu dilakukan oleh semua pihak.
“Semua pihak perlu bantu Jais untuk tangani masalah murtad. Ini adalah masalah bersama yang perlu diselesaikan bersama oleh seluruh umat Islam,” katanya.

1 comment:

Pak Oncu said...

Gerakan Cegah Murtad (GCM), ,, woii mangkok,, pantau lah pusat zakat, kemana wang itu mengalir,,,, apo punya ngokk lahh kau org ni,, tak pernah di buek di zaman nabi agong saw,,, ini lah dia publisiti murahan yg ngo melayu boleh buek,, wtf laa lu GCM..

Posting Terkini