Pages

Saturday, June 4, 2011

Sekilas Dunia


Myanmar mungkin hadapi revolusi


YANGON: Seorang senator Amerika Syarikat, Encik John McCain, memberi amaran semalam Myanmar mungkin berdepan dengan tunjuk perasaan seperti di Timur Tengah.

Ia boleh berlaku jika pemerintah baru Myanmar tidak melaksana pembaharuan demokratik dan membaiki keadaan hak asasi kemanusiaan, katanya.

Beliau berkata demikian di akhir lawatan bagi menilai landskap politik Myanmar selepas rejim junta menyerah kuasa kepada pemerintah yang disokong tentera. -- AFP.



Lesen doktor ibu kembar 8 ditarik

LOS ANGELES: Lesen perkhidmatan doktor yang membantu ibu kembar lapan, Cik Nadya Suleman, telah ditarik oleh Lembaga Perubatan California.


Ia berkata Dr Michael Kamrava melakukan kecuaian besar dan sesuatu di luar amalan biasa dengan memindahkan 12 embrio ke dalam rahim Cik Nadya.

Wanita itu melahirkan kembar lapan pada 2009 dan dikecam kerana mahukan ramai anak walaupun menggangur. -- Reuters.



100 maut sejak tentera berkuasa

JUBA (SUDAN): Hampir 100 orang awam terbunuh di wilayah Abyei sejak tentera menguasai wilayah itu pada 21 Mei lalu.

Ketua pentadbiran Abyei, Encik Deng Arop Kuol, berkata pihaknya masih menunggu pengesahan nama mangsa yang lengkap.

Sebelum ini, Khartoum menimbulkan bantahan antarabangsa apabila ia mengerahkan kereta kebal dan tenteranya ke bandar Abyei. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini