Pages

Sunday, May 8, 2011

Nurul Izzah - ‘Kereta Pertamaku’

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mengesyorkan kepada kerajaan agar melaksanakan segera skim “Kereta Pertamaku” untuk rakyat yang berpendapatan rendah agar mereka juga mampu memiliki kereta.
Dalam kenyataan eksklusif, Nurul Izzah berkata skim tersebut perlu dilaksanakan memandangkan terlalu ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana masih tidak mampu memiliki kereta sedangkan hakikatnya kereta bukanlah suatu kemewahan, sebaliknya sudah menjadi satu keperluan.

“Tidak seperti negara maju seperti Jepun, United Kingdom dan Eropah, sistem pengangkutan awam di Malaysia masih jauh ketinggalan.
“Sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur pun masih tidak efisyen apabila sistem sambungan (connectivity) itu tidak selaras. Malah banyak lagi kawasan di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang masih tidak mempunyai rangkaian sistem pengangkutan awam seperti LRT.
“Bayangkan kalau di Lembah Kelang sendiri masih ramai yang menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja apatah lagi keadaan rakyat di bandar dan daerah yang lebih kecil seperti Seremban, Melaka, Kuantan dan Ipoh contohnya”, kata Nurul Izzah.
Untuk merealisasikan skim tersebut, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mencadangkan lima mekanisma kepada kerajaan agar mereka yang benar-benar layak sahaja dapat menikmati keistimewaan dalam skim tersebut:
  • Pembeli belum pernah memiliki kereta yang berdaftar bawah nama sendiri
  • Pembeli mestilah berdaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF)
  • Kereta 1800cc ke bawah
  • Kereta yang dibuat dan dipasang di Malaysia
  • Kereta tidak boleh dijual untuk tiga tahun pertama
Hapuskan cukai
Nurul Izzah juga menyarankan Cukai Eksais (Excise Tax) dan Cukai Jualan (Sales Tax) yang dikenakan keatas penjualan kereta yang dibuat dan dipasang di Malaysia dihapuskan.
“Harga kereta di Malaysia amat membebankan rakyat dan antara yang termahal di dunia.
“Ketika ini kerajaan mengenakan 60% Cukai Eksais dan 10% Cukai Jualan untuk kereta tempatan. Bermakna untuk sebuah kereta Perodua paling kecil yang dijual dengan harga RM40,000 contohnya, sebanyak RM16,500 adalah cukai yang dibayar oleh pembeli kepada kerajaan.
“Ini bermakna harga asal kereta tersebut tanpa cukai hanyalah sebanyak RM23,500,” jelas Nurul Izzah.
Justeru itu Nurul Izzah berkata pemilikan kereta oleh setiap rakyat di negara ini satu keperluan mustahak untuk menikmati taraf kehidupanyang lebih selesa dan efisyen.




No comments:

Posting Terkini