Pages

Friday, May 6, 2011

Masjid bukan tempat luah kemarahan, kata Jamil Khir

Warta Kerajaan Rakyat - SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.
Ini kerana kata beliau, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di rumah ibadat orang Islam itu.
“Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbaupolitik, sama jugalah kan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara.
Perhimpunan itu juga dikatakan untuk mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang melakukan sumpah laknat pada Jumaat lepas berhubung rakaman video seks yangpelakunya dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.
Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu tersebut tidak sewajarnya dibebankan kepada Jawi tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
“Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguatkuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian.
“Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah. Saya rasa jikahendak diserahkan kepada Jawi, ini tanggapan yang salah,” katanya seperti dilapor
- Bernama.




1 comment:

Anonymous said...

Saya tengok video SK sorang saja bersumpah..yag lain mana? Rahim TCik tak bersumpah sebab dia dah wakilkan pada SK. Pelik?? dulu masa rogol gadis bawah umur tak pulak wakilkan dekat org lain...inilah dia Rahim TCik, penjarah, penjilat no. wahid yang tersohor, yang masih hidup atas muka bumi. Saya katakan kalau hantu tu ada bernama..salah satu nama dia adalah Rahim TCik!!..ada percaya?

Posting Terkini