Pages

Tuesday, May 3, 2011

KEADILAN sasar tambahan 15 kerusi pada PRU-13


PETALING JAYA: KEADILAN mensasarkan penambahan 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selain mempertahankan 31 kerusi yang dikuasai semasa PRU 2008.
Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, bagi menguasai kerusi sasaran tersebut, KEADILAN akan menguatkan jentera parti di pelbagai peringkat bagi menghadapi PRU-13.
“Kita sudah ada 31 kerusi untuk dipertahankan, tapi kita sudah ada 15 kerusi yang akan dirampas dalam PRU-13 nanti,” kata Mohd Rafizi selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat semalam.

Menurut beliau, hasil perbincangan bersama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan semua wakil rakyat bersetuju memutuskan persediaan awal menawan PRU ke-13 dengan menguatkan gerak kerja yang mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini.
“Berdasarkan apa yang dibincangkan, kita mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengekalkan momentum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke PRU supaya peningkatanundi terhadap KEADILAN tetap naik,”
“Kita akan beri tumpuan kepada gerak kerja yang akan bermula daripada bawah dengan menekankan aktiviti daripada akar umbi.
“Setiap kawasan yang sudah dipegang oleh KEADILAN akan mempergiatkan aktiviti dengan bantuan jentera yang diwakili Cabang dan Ranting. Wakil rakyatnya akan selalu turun berjumpa rakyat selain memperbanyakkan ceramah,” kata beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat EKonomi Selangor.
Selain itu, Rafizi memberitahu setiap aktiviti di semua kawasan akan diselaraskan supaya kegiatan dan program KEADILAN dapat direalisasikan dengan jayanya.
“Jadual disiapkan untuk setiap kawasan menjalankan aktiviti dan gerak kerja jentera dapat diselaraskan.
“Memandangkan jangkaan kita PRU ke-13 pada Julai depan, maka persediaan awal  perlu dilakukan bagi mengekalkan kerusi yang ada dan penambahan kerusi,” ujarnya.




No comments:

Posting Terkini