Pages

Sunday, May 8, 2011

Fadillah nafi kemelut dalam Pemuda PBB

KUCHING: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof mengesahkan tidak berlaku masalah dalaman dalam pergerakan itu.
Beliau berkata, sekiranya berlaku sebarang masalah mereka (ahli pemuda) sepatutnya berbincang dengannya secara terus menerusi telefon atau facebook dan bukannya menerusi media.
“Pergerakan Pemuda PBB tidak menghadapi sebarang masalah. Jika ada ada masalah sekalipun ahli-ahli patut bincang secara terus dengan saya dan bukannya menerusi media.

“Mereka (ahli-ahli) tahu bagaimana hendak menghubungi saya,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pikom PC Fair.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa akhbar tempatan berlakunya perpecahan dalam Pemuda PBB kerana Fadillah enggan mengeluarkan kenyataan balas terhadap Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang meminta Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur.
Fadillah menjelaskan, salah faham dalam pergerakan pemuda adalah normal dan sering berlaku dalam mana-mana pertubuhan.
“Namun ia tidak menjejaskan pergerakan ini (Pemuda PBB) secara keseluruhan memandangkan ada di kalangan mereka yang menarik diri sebelum ini telah menarik balik permohohan mereka,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menasihati pengguna internet di negara ini supaya mencari maklumat terkini sebagai langkah mengelak menjadi mangsa jenayah siber dalam laman web www.cybersecurity.my.
“Banyak laporan mengenai jenayah siber telah kita terima menerusi laman web ini. Ia mungkin disebabkan kesedaran masyarakat tentang wujudnya laman web ini untuk mengekang jenayah siber,” tambahnya.







No comments:

Posting Terkini