Pages

Saturday, April 23, 2011

Pintu rundingan Umno-PAS sentiasa terbuka

PETALING JAYA:  Pintu rundingan antara UMNO dan PAS  berhubung kerajaan perpaduan sentiasa terbuka kata ketua penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Menurut laporan berita Umno Online semalam, beliau berkata UMNO sememangnya sentiasa menunggu tibanya hari orang Melayu  sebagai penduduk majoriti negara dapat bersatu dan tidak lagi berpecah belah kerana parti.
“Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang  idea mengenai kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di  majlis kursus pemukiman  Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong dan Rhu Rendang di Kuala Terengganu.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas kenyataan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang beliau akan menyatakan pendirian mengenai kedudukan  parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas selesai siasatan dibuat terhadap kes  video seks yang pelakunya didakwa mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar  Ibrahim.
Cadangan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu memandangkan PAS pernah bersekongkol dengan Umno ketika era 1970an.
Idea  kerajaan perpaduan semakin hangat diperkatakan selepas pilihanraya umum 2008.
Sesetengah pemimpin kanan PAS turut kelihatan bersetuju pada peringkat awal namun tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menghentikan polemik kerajaan perpaduan.
PAS menegaskan akan bersama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.
Kursus pemukiman  diadakan untuk ahli UMNO dari lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang, sebagai pembakar semangat untuk merampas kawasan  berkenaan.
Selain DUN Bukit Payong dan Rhu Rendang, program itu akan diadakan di enam lagi kawasan DUN yang dimenangi pembangkang iaitu Ladang, Batu Burok,  Bukit Tunggal, Manir,  Sura dan Wakaf Mempelam.

No comments:

Posting Terkini