BA’KELALAN: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian kesal dengan keputusan Dominique Ng yang mengambil tindakan keluar parti.
“Kita kesal dan sedih dengan keputusan itu, namun tetap menghormati pendiriannya. Saya harap tindakan ini diambil bukan kerana sentimen dan emosi.
“Dia (Dominique) patut ambil masa untuk memikirkannya. Perkara ini (tidak dicalonkan) bukan bermakna hari terakhir beliau dalam politik. Dia seorang yang bersemangat dan muda.
“Kita tidak menolak Dominique juga ada berjuang untuk rakyat Sarawak termasuk dalam isu-isu tanah NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera) dan sebagainya,” kata Baru yang ditemui pada program ceramah di Kampung Long Tuma dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’ kelalan malam tadi.
Penyandang kerusi DUN Padungan itu meninggalkan KEADILAN semalam.
Beliau bagaimanapun bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak sebagai calon Bebas bagi DUN yang sama dengan
menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon DAP, Wong Kim Wei dan calon Barisan Nasional, Sim Kiang
Chok.
menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon DAP, Wong Kim Wei dan calon Barisan Nasional, Sim Kiang
Chok.
Dalam pada itu, Baru memaklumkan bahawa nama Dominique dicadangkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk bertanding bagi kawasan Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
“Apa yang saya ketahui bahawa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Azmin Ali telah
dimaklumkan berkenaan perkara ini.
dimaklumkan berkenaan perkara ini.
“Ia adalah satu pilihan dan cadangan yang baik daripada pemimpin. Beliau juga sebenarnya telah diberikan penerangan dan Ketua Umum juga akan memberikannya peluang untuk bertanding pada peringkat Parlimen,” jelas Baru.
Mengakui ia turut memberi sedikit kesan, namun Baru tetap optimis dengan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN itu walaupun ditentang Dominique.
“Kita tak nafikan yang beliau ada sokongan hardcore dari akar umbi. Tetapi beliau seharusnya melihat gambaran yang lebih besar.
“Kita harap para penyokongnya akan meggunakan kebijaksanaan dan diharap mereka membuat keputusan tidak berdasarkan kepada sentimen,” kata Baru.
Determine never to be idle. No person will have occasion to complain of the want of time who never loses any. It is wonderful how much may be done if we are always doing.
No comments:
Post a Comment