LAWAS: Jurang kualiti dan taraf hidup rakyat di antara Pekan Lawas, Sarawak dengan masyarakat di Brunei, jelas ketara meskipun kedua-dua kawasan ini hanya bersebelahan antara satu sama lain, kata calon KEADILAN N71 Bukit Sari, Japar Suyut.
“Kedua-dua kawasan ini didiami oleh keturunan yang sama iaitu orang Lunbawang, Kedayan, Melanau dan Melayu. Tetapi mengapa kedudukan sosio-ekonomi masyarakat di kedua kawasan ini sangat berbeza?
“Ini membuktikan bahawa penentuan nasib di kedua-dua buah tempat tersebut berdasarkan kepada polisi, dasar dan sikap pemerintahnya,” kata Japar dalam ceramah kelompok pertamanya di Kampung Langsat, dekan pekan Lawas, semalam.
Japar berkata, berbanding Brunei, Sarawak sebagai sebuah negeri yang lebih besar dan kaya dengan hasil bumi seharusnya dapat menyediakan kemudahan, infrastruktur dan pekerjaan yang lebih baik kepada rakyatnya.
Namun, akibat sikap tamak haloba dan kerakusan pemimpin yang tidak mengendahkan amanah yang diberikan, maka hasil masyhul bumi Sarawak dijarah tanpa memikirkan nasib rakyat yang hidup dalam kemelaratan.
Beliau tidak menolak kegagalan kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam di negeri ini berpunca akibat salah laku, penyelewengan dan rasuah.
“Pernah suatu ketika Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam satu programnya di Brunei tidak berapa lama dahulu mengakui sekiranya kita memandu kereta di jalan raya di Brunei, kita dapat rasakan perbezaan kualiti berbanding keadaan jalan raya yang teruk di bahagian Malaysia.
“Pembangunan hanya janji dan omong kosong yang hanya tiba ke kampung-kampung apabila tiba waktu pilihanrraya. Pembangunan hanya dijadikan umpan, sedangkan, belum tentu ia dilaksanakan,” tegas Japar.
Dari segi pendidikan pula katanya, rata-rata anak muda di pekan Lawas hanya mempunyai asas pendidikan di peringkat tingkatan tiga dan lima. Jarang sekali untuk mendengar anak-anak dari kawasan ini yang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Keluarga di sini kebanyakannya pendapatan rendah dan tidak mampu untuk menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej atau Universiti. Jadi mereka hanya duduk di kampung ini dan menjadi buruh. Ramai juga yang tidak mempunyai pekerjaan,” ujarnya.
Justeru, Japar menyeru kepada seluruh pengundi di jawasan N71 Bukit Sari untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
“Bayangkan di sebuah pekan seperti Lawas yang terpinggir ini, sampaikan untuk menghantar orang yang sakit atau para isteri yang hendak bersalin pun, para suami terpaksa pergi ke Kota Kinabalu sejauh 3 jam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.
“Orang di Bukit Sari secara khusus dan Sarawak secara amnya wajib berubah. Sekaranglah masanya,” kata Japar.
Fortunately analysis is not the only way to resolve inner conflicts. Life itself still remains a very effective therapist.
No comments:
Post a Comment