Pages

Thursday, April 21, 2011

China setuju tingkatkan pelaburan ke Malaysia – Muhyiddin

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata China bersetuju meningkatkan pelaburannya di Malaysia agar setara dengan pelaburan yang dibuat Malaysia di republik itu.
Beliau berkata persetujuan tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao selepas diberitahu pelaburan republik itu di Malaysia pada tahun lepas hanya bernilai RM209 juta.
“Beliau juga memaklumkan akan melawat Malaysia minggu depan,” kata Muhyiddin kepada wartawan Malaysia selepas mengunjungi pemimpin China itu di sini pada Rabu.

Sambil berharap lawatan itu akan mendorong syarikat dari China mencari peluang pelaburan di Malaysia, Muhyiddin berkata pada pertemuannya dengan Wen, beliau telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi kepada pemimpin republik berkenaan.
“Dua perjanjian akan dimeterai sempena lawatan beliau, iaitu Perjanjian Pengiktirafan Bersama mengenai ijazah pendidikan tinggi dan Perjanjian
Kerjasama Ekonomi Komprehensif yang bertujuan meningkatkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China,” katanya.
Pada pertemuan itu juga, Muhyiddin berkata pemimpin China tersebut bersetuju agar kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dalam bidang pelancongan.
Perdana Menteri China itu juga telah mengundang Malaysia sebagai peserta negara kehormat pada Ekspo China-Asean.
- Bernama

No comments:

Posting Terkini