Pages

Sunday, April 24, 2011

Anwar, Husam dalam seminar Maqasid Syariah 30 April


Datuk Husam bin Musa

Warta Kerajaan Rakyat - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) akan mengadakan seminar pemikiran Islam berkaitan Maqasid Syar’iyyah, 30 April ini.
Forum tersebut  menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kelantan, Datuk Husam bin Musa dan Ketua Penerangan KEADILAN Dr. Muhammad Nur Manuty.

Ia akan diadakan di Balai Islam Lundang, bermula jam 2.00 petang.
Manakala Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan majlis perasmian penutup yang dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.
Moderator seminar ini Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri kelantan.
Pengarah TATOK, Mohd Khir Abdul Ghani berkata, seminar ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada rakyat tentang matlamat Syariah.
“Peserta dianggarkan lebih 1500 orang terdiri daripada pimpinan masyarakat, badan-badan NGO, pelajar-pelajar IPT dan DHPP Kelantan serta para aktivis daripada pelbagai bangsa tanpa mengira fahaman politik turut turut dialu-alukan,
“Tujuan diadakan seminar untuk memberi gambaran jelas tentang konsep Maqasid Syar’iyyah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang meliputi asas-asas kehidupan manusia untuk seluruh masyarakat yang berbilang kaum,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.com.
Sementara pada jam 9.00 malam pula, satu ceramah penjelasan isu-isu semasa akan dianjurkan pihak Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan di Padang Majlis Daerah Machang yang menampilkan Nik Abdul Aziz, Anwar, Husam dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

2 comments:

matsahPChepa said...

mungkin ini sebahagian daripada program kempen jawatan presiden parti dalam pemilihan 2011.
Nak bertandinglah tu, jaga-jaga ....

puakPas said...

Kegagalan PAS merampas kembali Trengganu dan memenangi kerusi di Sarawak, telah dijadikan hujah untuk meletakan air muka TGHH setaraf dengan biawak hidup "liabiliti" kepada parti PAS. Jatuh hukum ini disambut oleh beberapa org blogger, namun kita mesti ingat bahawa tidak semua ahli PAS mempunyai jiwa sekotor dan secemar mulut si penuduh. 99% ahli PAS terus menghormati presiden parti yang mereka lantik.
Perlu ingat, ahli PAS juga mempunyai nilai dan perasaan, meletakkan muka presidennya sama rendah dengan selipar jepun boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati. Jika ingin bertanding sebagai presien parti, kita tidak perlu menghina seseorang ke tahap pariah. Bukankah sudah ada kawasan di Kuala Lumpur yang telah tidak mencalonkan TGHH sebagai presiden parti?. Hanya perlu bersabar menunggu percalonan seterusnya.

Posting Terkini