Pages

Wednesday, February 2, 2011

Gunung berapi Jepun ledak lagi



TIADA LAPORAN KECEDERAAN SERIUS: Saiz lahar dalam kawah Gunung Berapi Shinmoedake yang setinggi 1,421 meter membesar. -- Foto AP


TOKYO: Gunung Berapi Shinmoedake di Jepun meledak lagi semalam dengan mengeluarkan gas yang banyak, ketulan batu dan debu ke udara.

Kejadian itu juga mengakibatkan tingkap pecah di hotel dan pejabat sejauh lapan kilometer di kawasan Kirishima, selatan Pulau Kyushu.


Para pegawai berkata mereka meluaskan zon bahaya bagi menjauhkan penduduk.

Letupan awal semalam adalah yang terbesar sejak Shinmoedake meletup minggu lalu. Saiz kawasan yang terkena debu dan sisa ledakan boleh dilihat sejauh beberapa kilometer.

Letupan itu turut menumbangkan pokok dan ratusan tingkap hotel dan pejabat pecah.

Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan sejak letupan pertama Rabu lalu.

Namun, saluran televisyen NHK melaporkan seorang wanita mengalami luka menyusuli kaca yang pecah disebabkan letupan semalam.

Sementara itu, kira-kira 1,100 penduduk yang tinggal di kawasan sekitar gunung berapi itu telah dipindahkan.

Banyak sekolah pula ditutup dan perkhidmatan kereta api ditangguh buat sementara waktu. -- AP.

No comments:

Posting Terkini