Pages

Wednesday, February 9, 2011

Bekas ketua tentera Filipina dipercayai bunuh diri


MANILA: Bekas ketua tentera Filipina semalam membunuh diri semasa beliau menziarahi kubur ibu bapanya.
Beliau dikatakan 'tidak keruan' setelah didakwa mengamalkan rasuah, kata pihak berkuasa dan rakan-rakannya.

Jeneral Angelo Reyes, 65 tahun (gambar), yang juga pernah memegang jawatan setiausaha pertahanan Filipina dan beberapa jawatan kabinet lain, mati akibat sebutir peluru yang ditembak ke dadanya, menurut polis.

Jurucakap polis kebangsaan Filipina berkata satu kenyataan rasmi mengenai bagaimana Jeneral Reyes mati akan dibuat selepas satu siasatan tetapi para penyiasat yang bertanggungjawab secara langsung dalam kes itu berkata ia adalah kes bunuh diri.


'Laporan awal kami ialah bahawa beliau telah menembak dirinya sendiri,' kata ketua polis daerah timur Manila, Ketua Superintenden Francisco Manalo, kepada agensi berita AFP.

Seorang penjaga kubur tempat ibu bapa Jeneral Reyes dikebumikan memberitahu sebuah stesen radio, DZBB, bahawa bekas ketua tentera itu telah menziarahi kubur berkenaan bersama anak-anak dan pengawal peribadi beliau pada pagi semalam.

'Beliau meminta anak-anak dan pengawal peribadinya berjalan dahulu dan menunggu beliau dalam kereta.'Beberapa ketika kemudian, mereka mendengar bunyi tembakan dan beliau rebah ke tanah sambil memegang pistol,' kata penjaga kubur yang enggan namanya didedahkan itu.

Jeneral Reyes menjadi tumpuan utama selepas seorang bekas pegawai bajet tentera minggu lalu mendakwa beliau mengambil wang yang diagihkan bagi pihak tentera semasa beliau menjadi ketua turus tentera pada 2000 dan 2001.Beliau menafikan dakwaan itu dan dijadualkan hadir dalam satu siasatan parlimen semalam untuk memberikan keterangan. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini