Pages

Saturday, January 8, 2011

Puncak Niaga Akan Umum Butiran Tawaran Kerajaan Selangor Dalam Masa Terdekat


SHAH ALAM 8 JAN : Puncak Niaga Holdings Bhd semalam berkata butiran tawaran rasmi daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk  mengambil alih anak syarikatnya akan diumumkan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tempoh terdekat selepas pihak Pengurusan meneliti tawaran itu.  

Sebelum ini, Kerajaan Selangor menawarkan untuk membeli dua anak syarikat Puncak Niaga, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) yang dimiliki 100 peratus oleh Puncak Niaga pada harga RM64.62 sesaham dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang Puncak Niaga mempunyai kepentingan 70 peratus pada harga RM20.78 sesaham.


"Puncak Niaga ingin menjelaskan bahawa kedua-dua syarikat PNSB dan SYABAS menerima tawaran rasmi daripada Kerajaan Negeri Selangor hanya pada petang semalam,"katanya dalam satu kenyataan.

PNSB dan SYABAS hanya menerima dua helai surat melalui penghantaran faks daripada Kerajaan Negeri Selangor pada lewat petang semalam yang terdiri daripada surat iringan dan senarai penerima yang menerima surat berkenaan, kata syarikat itu. 

2 comments:

Supian said...

PNSB and SYABAS just receieved two letters thru fax machine only for billions deal?! What a stupid govt!

Hey, this is big deal and issues!

Dahla Khalid buat bodoh je untuk rundingan dengan SYABAS, dan menabur macam2 fitnah, ni pulak nak tae over syarikat pakai faks je.

Kepala hotak ko, Khalid!

KUBANG KERIAN said...

Apa pendirian PNHB mengenai tawaran tersebut? Adakah ia berbaloi? Rakyat Selangor menunggu respon daripada PNHB terutamanya daripada TS Rozali Ismail berhubung tawaran ini.

Adakah Selangor berupaya untuk membeli kesemua saham tersebut dan apakah jaminan Khalid bahawa kerajaan negeri tidak akan mengalami kesulitan pada masa akan datang selepas mengambil alih kesemua syarikat konsesi tersebut?

Posting Terkini