Pages

Thursday, November 4, 2010

PRK Galas: Polis tambah kerahan tenaga

Oleh Muda Mohd Noor


GUA MUSANG: Pasukan polis menambah kerahan tenaga dengan menempatkan 20 anggotanya di pusat mengundi di depan Sekolah Kebangsaan Gua Musang, di mana para penduduk mula keluar mengundi hari ini.

Ini berikutan kedudukan kedua-kedua penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang sangat dekat antara satu sama lain.

Selain itu, kumpulan lain turut berkumpul di sepanjang jalan berkenaan. Kedua-dua kumpulan saling melaungkan slogan masing-masing. BN melaungkan "1Malaysia" manakala PAS pula "rasuah".

Kira-kira 200 penyokong termasuk wanita memakai baju berlambang BN serta mengibarkan benderanya. Penyokong PAS pula sekitar 500 orang dengan membawa bendera dan banner. Penyokong BN kelihatan ‘terkepung’ oleh penyokong PAS.

Bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ahli Parlimen PAS Dr Zulkefly Ahmad, ketika ditemui berkata, kawasan ini merupakan yang paling `panas.’ Dari tiunjauan kita, tempat-tempat lain semuanya tenang,” katanya.

Di Galas terdapat seramai 11,553 pengundi berdaftar dengan 127 pengundi pos. Berdasarkan pecahan kaum, terdapat 7,125 Melayu, 2,317 Cina dan 1,889 Orang Asli dan 185 India. Masyarakat Thai di sekitar 10 orang.

Kerusi Galas menjadi kosong setelah wakil rakyatnya, Che Hashim Sulaima dari PAS meninggalkan dunia akibat barah usus pada 27 September lalu.

No comments:

Posting Terkini