Pages

Wednesday, January 27, 2010

Korea berperang lagi

SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan berbalas tembakan meriam berhampiran sempadan laut yang dipertikaikan, sekali gus meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua negara.

Pasukan meriam Korea Utara yang berpangkalan di darat melepaskan tembakan di perairan itu sejurus selepas 9 pagi (8 pagi waktu Malaysia).

“Tentera kami segera membalas tembakan itu," kata seorang pegawai presiden Korea Selatan yang enggan dikenali.

Insiden itu berlaku sehari selepas Pyongyang mengisytihar "larangan belayar" di kawasan sempadan itu yang menjadi lokasi pertempuran maut antara kedua-dua tentera laut pada 1999 dan 2002. - AFP




No comments:

Posting Terkini