Pages

Sunday, December 13, 2009

Lebih 11,000 pesakit sedang menunggu penderma organ

KUALA LUMPUR - Kini lebih 11,000 pesakit di negara ini masih menunggu untuk mendapatkan organ dan jumlah ini adalah kritikal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata daripada jumlah itu, kira-kira 11,000 adalah pesakit buah pinggang, 19 (hati), 8 (jantung), 12 (paru-paru) dan dua pesakit (kedua-dua jantung dan hati).

Menurutnya, kementerian sedang mencari mereka yang boleh menderma organ dan tisu untuk menyelamat pesakit yang sangat-sangat memerlukan organ.

“Seramai 26 orang telah tampil menderma kadaverik mereka, 82 (buah pinggang), empat (hati), 23 (kornea) dan 19 (jantung) di seluruh Negara tahun ini sehingga semalam.

“Sejak kempen menderma organ dilancarkan pada 1997, terdapat 2,568 orang yang berjanji untuk menderma organ mereka dan jumlahnya mencecah 135,847 orang sehingga semalam,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Ekonomi Bioherba Global Ke-3.-Bernama

No comments:

Posting Terkini