Pages

Friday, November 6, 2009

Syarat kenderaan lama ke Puspakom dikaji semula

KULIM - Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mengkaji semula syarat supaya kenderaan yang berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan PUSPAKOM sebelum memperbaharui cukai jalan.

Presidennya, Mohd Suhaimi Othman berkata kenyataan itu melegakan beribu-ribu kakitangan kerajaan khususnya yang terdiri daripada kategori Sokongan 1 dan 2.

"Ada di antara mereka yang bekerja di luar bandar dan kebanyakannya menggunakan kereta yang berusia 15 tahun ke atas kerana terpaksa meredah hutan, semak dan bukit untuk sampai ke lokasi tugasan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya jika terlalu banyak kereta dalam usia tersebut mungkin pihak PUSPAKOM terpaksa menambah tenaga kerja dan pasti perlukan peruntukan yang lebih.

"Dalam situasi demikian, berkemungkinan akan berlakunya unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.- Bernama

No comments:

Posting Terkini