Tujuh korban serangan militan
GAUHATI (India): Kumpulan militan dipercayai meletupkan dua bom di luar sebuah balai polis di timur laut India semalam, membunuh tujuh orang dan mencederakan lebih 50, kata polis.
Dua letupan itu berlaku selang beberapa minit antara satu sama lain di luar balai polis di bandar Nalbari, dekat Assam, ibu kota wilayah Gauhati. - AP.
Pilihan raya Sudan April
KARTOUM: Naib Presiden Pertama Sudan yang juga Presiden pemerintah selatan Sudan, Encik Salva Kiir Mayardit, berkata pilihan raya negara itu akan diadakan April depan seperti yang telah ditetapkan.
Tetapi isu referendum mengenai kebebasan selatan Sudan dan undang-undangnya masih dalam pertimbangan kedua-dua rakan pemerintah ini, Parti Kongres Kebangsaan (NCP) dan Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM), katanya selepas bermesyuarat dengan Presiden Sudan, Encik Omar Al-Bashir, di Khartoum. -- Agensi.
Bekas naib presiden dijel
TEHRAN: Seorang pemimpin pembaharuan Iran dikenakan hukuman penjara enam tahun selepas dibicarakan atas pertuduhan sengaja mencetus pergolakan untuk mengguling rejim pemerintah Iran, kata peguamnya semalam.
Encik Mohammad Ali Abtahi, mantan naib presiden Iran, merancang membuat rayuan dan diberi masa 20 hari untuk mengemukakan permohonan itu. -- AP.
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment