PARIS: Juara lima kali, Liverpool tersingkir daripada saingan peringkat kalah mata Liga Juara-Juara Eropah selepas Fiorentina dalam pasukan sama Kumpulan E mengejutkan Lyon 1-0, awal pagi tadi.
Kemenangan Liverpool 1-0 ke atas kelab dari Hungary, Debrecen tidak bermakna untuk merebut tempat ke peringkat kalah mati.
Musuh Liverpool, Arsenal pula mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan Standard Liege 2-0 untuk menduduki tempat teratas Kumpulan H.
Juara bertahan, Barcelona pula tidak mengalami masalah untuk mara selepas menewaskan Inter Milan 2-0.
Bagaimanapun Barcelona harus berterima kasih kepada juara kelab Russia, Rubin Kazan yang berjaya mengikat keputusan seri 0-0 dengan Dynamo Kiev.
Barca kini mendahului Kumpulan F dengan lapan mata, dua mata di depan Inter dan Rubin yang akan bertemu di Milan nanti.
Nasib Barca bagaimanapun hanya akan ditentukan selepas pertemuan Inter dan Rubin nanti.
Liverpool berjaya memperoleh gol awal menerusi David Ngog tetapi sebaik menerima berita bahawa Fiorentina mendahului Lyon menerusi jaringan penalti, Juan Vargas, rentak Liverpool terus hambar.
Dengan kemenangan itu, Fiorentina layak ke pusingan kalah mati.
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez bagaimanapun enggan menyalahkan barisan anak buahnya selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada 11 perlawanan.
"Bila anda menjadi juara lima kali berturut-turut tetapi kali ini tidak layak, ia sebahagian daripada adat permainan.
"Kami akan terus bermain menentang Fiorentina pada perlawanan terakhir kumpulan serta bersaingan dalam Liga Perdana Inggeris," katanya. - AFP
Wednesday, November 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment