Pages

Sunday, November 8, 2009

Kelantan akan dikenakan tindakan berikutan sikap penyokong

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengenakan tindakan terhadap pasukan Kelantan berikutan kelakuan liar penyokong pasukan itu pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata tindakan itu akan ditentukan selepas ahli Jawatankuasa FAM membincangkan insiden pada perlawanan akhir malam tadi secepat mungkin dan menentukan hukumannya.

" FAM sering memberi nasihat kepada penyokong-penyokong Kelantan tetapi sudah tidak dapat dibendung kerana ia (seperti) sudah menjadi satu budaya kepada mereka. Sudah tentu kehadiran 1,400 anggota pasukan keselamatan ataupun sehingga 10,000 tidak mampu untuk mengawal mereka dalam masa serentak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


No comments:

Posting Terkini