Pages

Saturday, November 28, 2009

Dua mati ditetak selepas majlis hari jadi di Klang

KLANG: Dua lelaki maut manakala dua lagi, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun parah selepas terbabit dalam satu pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan sebuah rumah di Jalan Raja Nong, Taman Sentosa, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku selepas mangsa menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah rumah, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata mangsa sebelum itu didatangi antara 10 hingga 15 lelaki bersenjatakan parang sebelum tercetus pertengkaran yang disusuli kejadian tetak.

Katanya, seorang daripada mangsa dikenali Kalimuthu, 30, cuba melarikan diri, tetapi diserang bertubi-tubi dan mati di tepi pagar sebuah rumah, manakala seorang lagi, Berberanathan @ Ravi, 42, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR).

Dua mangsa yang parah dikenali sebagai J Sivamathran, 25, dan P Selvaraj, 15.

No comments:

Posting Terkini