Pages

Sunday, November 8, 2009

Dua kapal pindah minyak ditahan di perairan Pengerang

JOHOR BAHARU - Dua buah kapal telah ditahan kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang hari ini.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan mengesan kesalahan itu setelah mendapati kedua-dua kapal itu berada dalam keadaan berhimpit-himpit antara satu sama lain di kedudukan 2.8 batu nautika selatan Tanjung Stapa pada 11.38 pagi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh berkata, kapal yang melakukan pemindahan minyak jenis Marine Gas Oil (MGO) itu ialah M.T Rahmah 1 dan M.T Jet.

"Terdapat 303,000 liter minyak di dalam kapal M.T Rahmah 1 milik syarikat Indonesia yang berdaftar di Panama itu dan telah memindahkan 1,000 liter ke kapal M.T Jet," katanya. - Bernama



No comments:

Posting Terkini