HATYAI: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (CPM), Chin Peng berkata beliau tidak akan menggunakan pihak ketiga tetapi sebaliknya menggunakan saluran sesuai untuk menyampaikan hasratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membenarkannya kembali ke Malaysia.
Jika boleh, beliau melahirkan hasrat untuk dapat bertemu Najib apabila Perdana Menteri itu melawat selatan Thailand yang dijadual pada minggu kedua bulan depan.
Mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, bahawa Chin Peng telah menunggu begitu lama dan kini sudah terlambat baginya untuk pulang, bekas gerila itu berkata beliau tidak mahu berbalah dengan Norian, yang merupakan salah seorang perunding utama semasa perbincangan antara CPM dengan kerajaan Malaysia.
"...tetapi pada hakikatnya, saya pergi ke sebuah tempat yang dipilih untuk menemui wakil kerajaan, saya tidak ingat tempat sebenarnya, tetapi berhampiran dengan Hatyai.
"Tetapi saya tidak dapat menemui mereka, kemudian ada orang beritahu saya untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat...akhirnya juga saya tidak dapat jumpa mereka dan ini sebagai satu misteri kepada saya sehingga sekarang," katanya.
Chin Peng berkata apa yang beliau mahukan ialah untuk kembali ke Malaysia menemui keluarganya dan memberikan penghormatan kepada nenek moyangnya di Sitiawan, Perak. - Bernama
Tuesday, December 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment