TIDAK MAHU TERLEPAS: Orang ramai beratur di luar kedai Challenger di Funan DigitaLife Mall bagi mendapatkan sofwe Windows 7 pada pelancarannya tengah malam kelmarin. -- Foto THE STRAITS TIMESSingapura- SETELAH hampir tiga tahun dinanti-nanti, syarikat Microsoft kelmarin melancar perisian sistem pengendaliannya (OS) yang baru - Windows 7 - bagi menggantikan Windows Vista yang sejak dilancar pada 2007 mendapat pelbagai kritikan daripada pengguna.
OS ialah perisian utama komputer yang membolehkan perisian lain, seperti permainan komputer, Internet dan perisian pejabat, beroperasi.
Secara umum, Windows Vista gagal mendapat penerimaan padu pengguna, termasuk pengguna korporat. Ada yang terus menggunakan OS Windows XP, yang diperkenal sebelum Vista.
Name any evil under the sun and you have done it.
Kritikan terhadap Vista termasuk masalah seperti terdapat lubang-lubang keselamatan yang boleh dieksploitasikan penggodam dan masalah penyesuaian dengan sofwe-sofwe sedia ada.
Perisian pembetulan yang ditawar, Vista Service Pack 1, juga memberi masalah kepada pengguna.
Bagaimanapun, Windows 7 diharap dapat mengembalikan keyakinan pengguna terhadap Microsoft.
Pengamatan awal menunjukkan Microsoft telah berjaya memperbaiki kekurangan Vista dengan Windows 7.
Penolong Editor, Digital Life, Encik Oo Gin Lee, berkata Windows 7 direka menggunakan sofwe 64 bit, jadi ia lebih pantas memproses arahan yang diberi komputer.
Sebelum ini, dilemma bagi pengguna ialah sofwe 64 bit kurang sesuai dengan sofwe 32 bit, yang masih banyak digunakan dalam perisian mesin mencetak dan peralatan lain.
'Kini Windows 7 mempunyai ciri-ciri Windows XP Mode yang membolehkan pengguna mengendalikan sofwe lama,' katanya.
Windows 7 juga mempunyai ciri perkongsian maklumat lebih mudah berbanding Vista.
Ia kini boleh didapati di kedai komputer pada harga berikut:
# Home Premium - $359
# Home Premium Upgrade - $219
# Professional - $529
# Professional Upgrade - $359
# Ultimate - $549
# Ultimate Upgrade - $379
No comments:
Post a Comment