Pages

Sunday, September 27, 2009

Pesta Tanglung 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Sept-- Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur akan dijadikan acara tahunan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengumumkannya semasa melancarkan Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur 2009 di Pasar Seni di sini Sabtu malam, Najib berkata kerajaan akan memperuntuk RM250,000 kepada Kementerian Pelancongan untuk membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pesta tersebut.

"Saya berharap acara ini akan dilihat sebagai satu lagi jambatan yang boleh membina kebahagian ke arah memperkukuhkan konsep 1Malaysia," katanya.

Najib berkata beliau mahu melihat lebih banyak produk pelancongan di Malaysia.

"Kita menawarkan budaya, adat, kecantikan semula jadi dan hospitaliti kita yang mesra yang Malaysia terkenal kerananya," katanya. "Acara hari ini merupakan permulaan siri baru acara pelanongan," katanya.

Najib berkata festival itu juga boleh dijadikan warisan kepada negara serta menjadi kekuatan dan aset untuk melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

"Festival ini boleh dilihat sebagai satu lagi produk pelancongan kerana ia pasti menarik lebih ramai pelancong," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyertai perarakan tanglung bermula dari Jalan Hang Kasturi, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Jalan Hang Lekir dan Jalan Petaling.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini