Pages

Thursday, September 3, 2009

Pertemuan mesra SM Goh dan Gaddafi

KEMESRAAN terpapar pada wajah Menteri Kanan, Encik Goh Chok Tong, dan pemimpin Libya, Encik Muammar Al-Gaddafi, semasa pertemuan mereka sempena sambutan ulang tahun ke-40 Revolusi Al-Fateh, di Medan Hijau, Tripoli, kelmarin.

Encik Goh, yang mengadakan lawatan ke negara itu, mengucapkan tahniah kepada Encik Gaddafi atas ulang tahun revolusi Libya.

Sambutan itu turut dihadiri pemimpin antarabangsa lain, seperti Presiden Gloria Macapagal Arroyo dari Filipina; Raja Abdullah dari Jordan; Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani; dan Presiden Venezuela, Hugo Chavez.

Encik Goh meninggalkan Tripoli petang semalam.

No comments:

Posting Terkini