PRESIDEN Amerika Syarikat, Barrack Obama akhirnya memberikan penghormatan terakhir kepada Michael Jackson selepas seminggu Raja Pop itu menghembuskan nafas terakhir.
Sebelum ini, Obama sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan berhubung kematian mengejut Jackson minggu lalu.
Namun, Obama memilih untuk menghantar satu surat takziah persendirian kepada keluarga Jackson.
Media melaporkan Obama mengiktiraf betapa besarnya sumbangan dan kehilangan Raja Pop kepada generasi yang menjadi pengikut ikon muzik.
Obama berkata: "Jackson akan menempa sejarah sebagai salah seorang penghibur terulung".
Obama turut mendedahkan dia membesar dengan mendengar lagu-lagu Jackson.
Tambahnya: "Saya membesar bersama muziknya. Saya masih mempunyai semua muziknya di iPod saya."
Legenda pop meninggal dunia ekoran sakit jantung di rumah sewanya di 100 North Carolwood Drive di kawasan The Holmby Hills, Los Angeles pada 25 Jun 2009.
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment